Indonesia menyediakan strategi ekonomi bagi memantapkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Malaysia khususnya Pulau Pinang.<br /><br />Konsul General Indonesia di Pulau Pinang, Bambang Suharto berkata, dalam Rancangan Pembangunan Jangka Sederhana (RPJMN) 2020-2024, republik itu telah menetapkan strategi pemulihan ekonomi selepas pandemik iaitu melalui pelaburan industri, perdagangan serta beberapa sektor lain.
